Tuesday, 15 April 2014

KUASA AIR
Unknown22:07 0 comments

Salam semua...selamat pagi... tadi rasa mcm nk stop dlu menulis sebab cam xde idea.. tapi tetiba rasa macam nak share pula pasal air.. Air?? bukan sebab krisis dan catuan air di selangor ni ye.. tapi ct nak share tentang keajaiban Air H2O dan bagaimana ia sangat2 la membantu untuk kita hidup sihat dan cergas..bila sihat automatik kite akan kelihatan cantik kan...(cantik ni subjective ye..xsemestinya nk tunggu muka cam fazura br ckp cantik...:D )

minum air untuk kurus
Tahu tak, kalau kite amik supplement/ubat/vitamin, kite wajib minum air secukupnya untuk memastikan vitamin tersebut berkesan dengan baik..dgn erti kata lain kalau badan kurang air, rugi la, beli suplement mahal2 tapi kurang berkesan..pastu meroyan cakap ala..."saya makan xberkesan pun"..
Kenapa?? sebab air berfungsi sebagai penyerapan nutrisi yang sangat bagus.

Selain itu kelebihan air juga mampu menurunkan berat badan kita. xpercaya? betul sebab saya sendiri mengalaminya. kalau xde bajet nak beli ubat kurus ke apa ke..mulakan dengan minum air je dulu. mungkin ada yang tidak percaya. terpulang lah pada anda. mesti ada juga yang cakap cam ni kan?? "ala aku pun minum air masak banyak juga, xkurus pon..."


Kaji dan selidik dulu, berapa banyak awk minum?? cukup ke 3L/day.. kalau setakat minum sebotol air tu xyah cakap mnum bnyk la ye..tambah-tambah kalau awak tu kerja yg memerlukan aktiviti yang banyak..lagi banyak la air yang perlu diminum.

Nampak tak botol tu..ct akan pastikan minum sekurang2nya 3botol ni sebelum blk kerja. (5pm). balik rumah minum lagi.. inilah rahsia diet ct. boleh cuba sendiri dan rasailah kelebihan minum air masak ni. Banyak kan merepek aku ni...xpe la...stop dulu..karang ct continue tulis tentang petua minum air, mitos minum air boleh jadi gemuk dan kelebihan minum air. ok...sehingga jumpa lagi next entry.Insya Allah....

Wassalam...





Iklas dari penulis :
Tentang Penulis Fb Jualan terima kasih daun keladi kerana sudi singgah. Nama sebenar siti musliza yaakob,biasanye org pggil ct,tetapi kekadang tersasul jadi kakjie coz member2 uitm pggil kakjie.Blog ni pasal warna warni kehidupanku..hahahhaa... serba sedikit pasal aku:-agen shaklee,n jual mcm2 kat fb,tapi smua tu part time je..full time isteri kpd incik azam n ibu kpd nur zara salsabila..pekerja kepada Juta Inovasi Sdn Bhd...Facebook and HOME

0 comments

Post a Comment

Sharing is caring~~~