Thursday, 2 October 2014

Puasa Sunat Hari Arafah.
Unknown22:04 0 comments

Seperti yang kita sedia maklum, puasa sunat arafah ialah puasa sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan haji dan kepada sesiapa yang berpuasa pada hari itu (Hari arafah/9zulhijjah) akan mendapat kelebihan dimana akan terhapus dosa2nye setahun sebelum + setahun selepas.

Namun yang menjadi kekeliruan umat islam di Malaysia sekarang ni ialah tarikh wukuf di Arafah jatuh pada 3/10/2014. dan di Malaysia pula 9zulhijjah jatuh pada 4/10/2014.

Sehubungan dengan itu, Adakah kita patut ikut kalender Arab @ Malaysia???

Macam-macam pendapat timbul, ada yang cakap ikut malaysia sb kna ikut cerapan di malaysia...ada yg kata kna ikut arab??? so.... sebab aku pon rasa cam was2...sebab sebelum ni mmg kefahaman aku puasa ni adalah semperna hari Arafah(hari wukuf)... so kalau ikut kefahaman aku yang cetek ilmu ni mest nk puasa hari dimana umat islam berwukuf la.....di tambah pulak, Ustaz Haron Din(ustaz yg mmg aku percaya) ckp kna ikut mekah...(ALLAHUALAM.....sy pon xjumpa ustaz sendiri...namun kenyataan ustaz ini telah heboh di laman sesawang)


Kenyataan JAKIM


****kenyataan ini di keluarkan oleh ketua pengarahnya, Datuk Haji Othman Mustapha***

Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.

1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.

Kenyataan penuh anda boleh rujuk di sini

Kesimpulan dari artikal yang panjang berjela tu ialah.... Keputusan di malaysia ni mengikut cerapan hilal Zulhijjah.

Cerapan ni telah dibuat petang 24 September 2014. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.

Tapi anggota MABIMS(termasuk malaysia) tidak berjaya mencerap hilal tersebut.. jadi setelah bermesyuarat keputusan telah dibuat kite raya aji 5hb oct 2014(seperti dlm kalender...mmg pon zmn skrg ni tarikh raya mesti sama mcm kalender kan???)

Tapi berbeza di arab saudi...sebab diorg telah berjaya mencerap hilal tersebut...so raya aji jatuh la pada pada4hb Oct 2014. sebab tu la diorg dah start berwukuf ari ni (3/10/14)

Puasa Sunat Hari Arafah 2014 Nak Ikut Malaysia Atau Mekah Arab Saudi??


Menurut seorang pakar rujuk ibadah haji, umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 hijrah yang jatuh pada 4 Oktober 2014 (Sabtu) mengikut takwim Islam di Malaysia
Jelas beliau lagi umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah (wukuf) mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober 2014 (Jumaat)
Bagaimanapun, menurut pendapat lain, jika seseorang itu berasa ragu-ragu dan untuk menghilangkan perasaan tersebut dibolehkan berpuasa sunat Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini mengikut tarikh di Mekah dan Malaysia. Jadi dia akan berpuasa selama dua hari

Kat bawah ni pulak Kenyataan Ustaz Haron Din


Ini soalan seseorang kepada Tuan Guru Dato Dr Haron Din.
Assalamu'alaikum Ustaz, nak bertanya, tahun ini Saudi telah menetapkan hari Arafah pada Jumaat, 3-Oktober, sedangkan Malaysia telah menetapkan 9-Zulhijah pada hari Sabtu, 4-Oktober. Persoalannya, yang mana lebih afdal untuk puasa sunat hari Arafah, ikut Saudi atau Malaysia?.
Jawapan Tuan Guru :
Ikut saudi kerana puasa sunat tu disyariatkan sempena hari wuquf bukan kerana 9 Zulhijah.
PERHATIAN!!..
WUQUF D ARAFAH ialah 9 Zulhijjah 1435 bersamaan 3/10/2014 JUMAAT..
Puasa Sunnat Arafah utk org@Malaysia ialah pd hr Jumaat Malaysia.
Sapa posa hr sbtu sbb Malaysia rya hr ahad,mmg xdpt pahala puasa arafah iaitu d ampnkn dosa 1 THN sblm & 1 THN akn datang

Senang cite kalau korang was-was...korang puasa la 2hari...jumaat & sabtu.... tapi aku mmg puase hari ni....bkn xpercaya JAKIM tapi semua pun xsempurna melaikan ALLAH Swt... so mcm tu jgk la dgn ustaz,ustazah yg ada kat negara kite kan...sebab tu la pendapat beza2....klau x,xde la pulak si masitah tu ckp berzina boleh sb nak sara anak...hellooooooo matlamat xmenghalalka cara okeh.....


k bye......